KUANTAN 20 Sept. – Kementerian Kerja Raya akan memberi keutamaan terhadap projek-projek berkepentingan rakyat berbanding projek mega sempena pembentangan bajet pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dijadualkan November ini. Timbalan Menterinya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir berkata, kekangan kewangan menyebabkan keputusan itu dibuat termasuk mendapat arahan daripada Kementerian Kewangan untuk menangguhkan dan mengkaji semula beberapa projek mega yang diluluskan kerajaan terdahulu. “Kita memutuskan untuk mendahulukan kemudahan-kemudahan rakyat seperti melebarkan jalan, menyediakan…










