KAMPAR – Kerajaan negeri memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebuah syarikat yang melakukan aktiviti perlombongan emas haram sehingga mencemarkan Sungai Kepar di Kampung Sahom di sini selepas meneliti semua laporan penuh daripada setiap agensi yang terlibat. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Abdul Aziz Bari berkata, tindakan tegas termasuk mengheret pelombong tersebut ke mahkamah perlu diambil supaya kebajikan penduduk setempat dan kelestarian alam dapat dijaga…










