Kerajaan bincang cadangan subsidi, diskaun pengangkutan awam B40 - Utusan Malaysia

Kerajaan bincang cadangan subsidi, diskaun pengangkutan awam B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara menerima cadangan mengenai pelaksanaan pas bulanan tanpa had perjalanan Rapid Rail dan Rapid Bus Bersepadu serta diskaun untuk perkhidmatan KTM Komuter khusus untuk rakyat dalam kumpulan B40 dan akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan tersebut akan dibawa kepada jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet untuk diputuskan kerana pelaksanaan cadangan itu memberi implikasi kewangan sebanyak RM300 juta setahun.

“RM300 juta ini adalah anggaran dan cadangan ini dibuat kerana pengangkutan awam di negara-negara maju disubsidi oleh kerajaan sebagai contoh di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun. Di Perancis kerajaan beri sehingga 70 peratus subsidi dan di Singapura 30 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sekarang, cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Pengangkutan ini adalah untuk kumpulan B40 yang banyak guna kenderaan awam,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya, Chong Chieng Jen.

Antara perkara yang turut dibangkitkan ialah cadangan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meningkatkan akses pembiayaan perumahan.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, mesyuarat mengesyorkan untuk mengkaji inisiatif bagi mengurangkan penggunaan gula dalam makanan siap proses bertujuan untuk menjaga kesihatan rakyat.

“Inisiatif ini juga dapat menurunkan import bahan mentah gula dalam jangka masa panjang namun kerjasama dari pihak industri adalah penting untuk menjayakan inisiatif ini,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini