Kerajaan akan minta universiti Jepun buka cawangan di Malaysia - Utusan Malaysia

Kerajaan akan minta universiti Jepun buka cawangan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia akan meminta universiti di Jepun membuka cawangan di negara ini bagi membolehkan rakyat mempelajari sistem pendidikan negara matahari terbit itu, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata, ketika ini kerajaan menanggung kos yang besar bagi menghantar pelajar Malaysia melanjutkan pengajian mereka di Jepun menerusi pemberian pinjaman dan biasiswa pendidikan.

“Jika anda pergi ke Jepun untuk melanjutkan pengajian ke sana, ia memerlukan kos yang sangat tinggi. Tetapi jika ada universiti Jepun di sini, anda boleh mempelajari sistem pendidikan bersama dengan budaya mereka dengan kos lebih rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat negara lain terutama dari negara miskin juga boleh datang belajar di Malaysia kerana kos sara hidup kita tidak terlalu tinggi jika dibandingkan pergi ke Jepun,” katanya ketika berucap semasa Syarahan Perdana di Universiti Teknologi Malaysia di sini pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini