TEMERLOH – Kerajaan dijangka mengadakan perbincangan meja bulat pada pertengahan bulan depan bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci untuk dijadikan sebahagian daripada undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof berkata perbincangan itu akan disertai pengamal undang-undang, hakim syarie, ahli akademik dan alim ulama. “SOP yang dibuat sebelum ini (berkaitan perkahwinan bawah umur) berada di luar undang-undang, maknanya boleh ikut dan…










