Kenyataan Saifuddin beri impak hubungan luar negara - Utusan Malaysia

Kenyataan Saifuddin beri impak hubungan luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
MEMBACA Twitter Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini mengenai dirinya yang terpaksa melawat dua negara yang beliau tidak suka kerajaan negara tersebut membuatkan saya bimbang.

 

Saya risau kenyataan itu akan mengakibatkan polisi luar negara kita pada tahap yang terburuk dan Malaysia berada dalam keadaan kurang selamat berbanding masa lalu.

Seorang Menteri Luar sepatutnya terdiri daripada individu yang mampu meningkatkan martabat dan kedudukan negara. Beliau juga perlu mempunyai deria rasa mengenai sejarah dan kedudukan negara di pentas dunia.

Contohilah Palmeston, Sergei Lavrov atau Datuk Seri Anifah Aman yang memiliki aura ketokohan sebagai Menteri Luar sehingga menjadi lambang kepada dasar luar negara masing-masing.

Dasar luar adalah cerminan prestij dan kuasa sesebuah negara dalam pentas dunia dan yang paling utama dasar ini penting kepada keselamatan dan kesejahteraan negara kita.

Diplomasi seharusnya sentiasa menjadi barisan hadapan tetapi malangnya di bawah Menteri Luar baharu ini kelihatan seperti diplomasi kita menjadi sangat menyedihkan.

Rakyat Prihatin
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN