TAMPIL mengarahkan karya di layar lebar, aktivis teater yang juga seorang pelakon handalan tanah air, Nam Ron, 49, menempelak tindakan segelintir pihak yang memboikot filem One Two Jaga sejak ditayangkan pada 6 September lalu. Memfokus gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa yang dijadikan pokok penceritaan, Nam Ron atau Shahili Abdan menegaskan, tema tersebut dipilih bukan untuk mencemar nama baik sesiapa. “Ya, memang dalam filem ini saya tonjolkan salah laku…










