SEHINGGA artikel ini ditulis, mata wang negara pasaran baru muncul seperti Rusia, Turki, India, Afrika Selatan, Argentina dan Indonesia menjunam ke tahap terendah masing-masing di tengah-tengah kebimbangan Amerika Syarikat (AS) bakal menaikkan kadar faedahnya, telah mencetuskan pengaliran keluar panik dana asing secara besar-besaran. Ia menjadi topik utama kalangan media utama global kerana impak daripada kejatuhan mata wang negara ini telah menggegarkan pasaran saham seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali apabila…










