PUTRAJAYA 17 Sept. – Kemunculan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik negara perlu disambut berdasarkan sejarah panjang perjalanan reformasi dan kehebatan kepimpinannya yang amat diperlukan dalam membentuk Malaysia Baharu. Apatah lagi kata Naib Presiden PAN, Datuk Dr. Mujahid Yusof, semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan sokongan penuh kepada Anwar. PAN katanya, turut menyatakan sokongan padu dan akan membantu semaksimum mungkin melalui Presidennya,…











