ROMPIN 5 Sept. – Penduduk di negeri ini berpeluang mengemukakan sebarang aduan tentang urusan harian berkaitan jabatan dan agensi kerajaan menerusi portal ‘aduan.wanrosdy.com’. Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sistem aduan dalam talian itu diperkenalkan selepas beliau menerima pelbagai aduan mengenai permasalahan masyarakat di laman sosial Facebook rasminya. “Namun banyak aduan yang dibuat tidak betul. Berikutan itu saya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sebuah portal aduan rasmi agar maklumat…










