KUALA LUMPUR 1 Sept. – Tinggal tujuh hari lagi berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong, calon Pakatan Harapan (PH) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Halimey Abu Bakar positif telah berkempen di hampir 80 peratus kawasan di Seri Setia. Halimey berkata, beliau memasuki fasa fokus yang lebih kepada para pengundi di baki kawasan-kawasan Seri Setia bagi memastikan sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi akan turun mengundi…