Kementerian sasar 30 juta pelancong menjelang 2020 - Utusan Malaysia

Kementerian sasar 30 juta pelancong menjelang 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menyasarkan sebanyak 30 juta kemasukan pelancong ke Malaysia menjelang tahun 2020.

Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, kemasukan pelancong pada tahun itu secara langsung akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 15.1 peratus ​​​​​​berbanding 14.9 peratus atau 26.1 juta pelancong yang mengunjungi Malaysia pada tahun lepas.

“Kami menyasarkan 15.1 peratus untuk KDNK pada tahun 2020 dan kami kini memohon lebih banyak peruntukan untuk promosi pelancongan kerana ia kunci kemampuan bagi industri pelancong itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Flag Off Distinguished Gentleman’s Ride Penang 2018 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dengan peruntukan itu, kementerian akan meningkatkan aktiviti dari segi mempromosikan negara secara lebih meluas yang dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong  ke negara ini.

“Kita kini mendapat saingan ketat dari negara Thailand, Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Singapura dalam industri ini, jadi kita perlu perkukuhkan promosi kita serta berharap rakyat Malaysia mengambil bahagian untuk meningkatkan pelancongan domestik,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini