GEORGE TOWN – Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menyasarkan sebanyak 30 juta kemasukan pelancong ke Malaysia menjelang tahun 2020. Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, kemasukan pelancong pada tahun itu secara langsung akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 15.1 peratus berbanding 14.9 peratus atau 26.1 juta pelancong yang mengunjungi Malaysia pada tahun lepas. “Kami menyasarkan 15.1 peratus untuk KDNK pada tahun 2020 dan kami kini memohon lebih banyak peruntukan untuk promosi pelancongan kerana ia kunci kemampuan bagi industri pelancong itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis…











