Sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri daging, pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota, Mohamad Boniyamin Yusuf, 37, sudah lali melihat penggemar daging lembu wagyu menghabiskan wang sehingga ribuan ringgit hanya untuk membeli daging tersebut. “Pernah saya melihat seorang pembeli tempatan yang mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 untuk membeli daging wagyu. Dia membayarnya secara tunai di pasar raya! “Lebih lazim lagi kelibat individu yang berbelanja RM7,000 setiap bulan bagi…









