Kelantan gagal cari bekalan selesa ke Kota Kinabalu - Utusan Malaysia

Kelantan gagal cari bekalan selesa ke Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kelantan sekadar membawa bekalan tipis ke Kota Kinabalu apabila menang 2-1 ke atas Sabah pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Terdahulu, tonggak pertahanan Baktyiar Duishobekov menggamatkan suasana apabila meledakan jaringan pertama Kelantan menerusi tandukan jarak dekat yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pelawat Rozaimie Rohim ke-29.

Minit ke-39, pelawat dirundung malang apabila terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Randy Baruh dilayangkan kad kuning kedua akibat mengasari Mohamad Azwan Aripin sekaligus diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi itu tidak merentap semangat lawan pelawat dan mereka kemudian bangkit dengan jaringan penyamaan seminit berselang menerusi rembatan kencang Hamran Peter.

Menuju minit-minit akhir babak pertama, Kelantan memperoleh sepakan penalti selepas Mohammad Imran Samso dijatuhkan oleh pemain pelawat.

Nik Mohd Akif Syahiran Nik Mat yang mengambil sepakan itu tenang meletakan bola di sudut sebelah kanan gol untuk mengecewakan Rozaimie sekaligus menjadikan kedudukan 2-1.

Nik Akif Syahiran menjaringkan gol kedua Kelantan.
Nik Akif Syahiran menjaringkan gol kedua Kelantan.

Masuk babak kedua, pelawat yang beraksi dengan sepuluh pemain tidak berputus asa sebalikya, hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan Hector Ramos pada minit ke-49 namun ia sedikit tersasar dari pintu gol Kelantan.

Tersentak dengan asakan pelawat, tuan rumah bangkit dengan serangan bertali-arus ke kubu Sabah namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah biarpun memiliki deretan peluang terhidang.

Sabah terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan apabila rembatan Ramos pada minit ke-74 sekadar singgah di tiang gol sebelah kanan pasukan Kelantan.

Keputusan itu bagaimanapun kekal hingga tamat perlawanan dan Kelantan akan berkunjung ke Negeri Bawah Bayu dengan kelebihan satu gol. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini