PASUKAN bola sepak tempatan perlu berani melalui revolusi membangunkan bakat-bakat jurulatih muda supaya Liga Malaysia (Liga M) dapat berdiri dengan pendekatan baharu dalam usaha meminimumkan kebergantungan terhadap jurulatih import. Lazimnya pasukan-pasukan Liga M gemar menggunakan khidmat jurulatih asing untuk memberikan corak permainan berbeza kerana kepercayaan yang terlalu menggunung ditaruhkan kepada mereka. Tindakan tersebut memberi kesan kepada pembangunan jurulatih muda tempatan seterusnya membantut impian mereka untuk membuktikan kemampuan menggalas tanggungjawab besar…