Menghabiskan durasi sekitar 95 minit menonton filem berjudul One Two Jaga arahan Nam Ron umpama memberi landskap baharu buat dunia perfileman tanah air. Hal ini kerana, ia merupakan percubaan berani sebuah naskhah yang mengangkat perihal korupsi dunia kepolisan dan ketidakadilan tangga sosial. One Two Jaga direalisasikan dengan begitu cemerlang bersama barisan pemain handalan seperti Zahiril Adzim, Amerul Affendi dan Bront Palarae sendiri yang turut bertindak sebagai penerbit. Turut merancakkan adrenalin penonton ialah beberapa nama hebat negara jiran, Ario Bayu dan Asmara Abigail dari Indonesia serta aktor kelahiran Filipina, Timothy Castillio.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya