Kejohanan Payung Terjun Tertutup ATM 2018 di Kuantan - Utusan Malaysia

Kejohanan Payung Terjun Tertutup ATM 2018 di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Sept. – Buat julung kali, Kejohanan Payung Terjun Tertutup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal diadakan di negeri ini selama 10 hari bermula 21 September inj di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, Kemunting di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, acara anjuran ATM turut dibantu oleh beberapa agensi seperti Tourism Pahang, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Sebanyak empat kategori terjunan dipertandingkan iaitu ‘Accuracy Sport’, ‘Accuracy Military’, ‘Formation Skydiving’ dan ‘Canopy Formation Skydiving’.

“Sebelas pasukan membabitkan 176 penerjun bakal mengambil bahagian iaitu daripada ATM, PDRM, JBPM dan jemputan dari Thailand, Indonesia serta Brunei,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN