AKHBAR Oriental Daily News bertarikh 31 Ogos 2018 menyiarkan artikel mengulas langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Artikel bertajuk Selepas ketiadaan ECRL yang ditulis oleh Choo Guan Huah disiarkan dalam Kolum ODN halaman 46. Keputusan kerajaan PH membatalkan ECRL yang dibuat berdasarkan pertimbangan politik dan bukan ekonomi menyebabkan projek yang telah dirancangkan dengan tersusun menjadi kelam-kabut dan musnah. Ketika kerajaan PH di peringkat Pusat…










