PULAU PINANG 1 Sept. – Seorang kanak-kanak perempuan golongan orang kurang upaya (OKU) maut selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Ayer Itam, di sini kira-kira pukul 1 petang tadi. Dalam kejadian itu, mangsa, Lim Yi Xuan, 8, dikatakan memanjat meja yang terletak berdekatan tingkap rumahnya sebelum terjatuh di kawasan letak kenderaan pangsapuri berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, menurut maklumat awal, mangsa dikatakan…