Kanak-kanak lemas di kolam renang hotel - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lemas di kolam renang hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 17 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun lemas dalam kolam renang kanak-kanak di sebuah hotel, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffie berkata, mangsa dipercayai lemas ketika mandi-manda bersama abangnya yang berusia 5 tahun

Sebelum kejadian itu, katanya, bapa mangsa dikatakan pergi ke tandas meninggalkan dua anaknya di bawah pengawasan ibu mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selang beberapa minit kemudian ibu mangsa mendapati anaknya itu tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital berdekatan tetapi disahkan telah meninggal dunia,” katanya, hari ini.

Menurutnya, bapa mangsa telah datang ke hotel itu kira-kira pukul 9 pagi bersama isteri dan tiga anak berusia 10 bulan hingga 5 tahun.

Beliau berkata, bedah siasat kanak-kanak itu akan dijalankan esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini