Kanak-kanak 10 tahun hilang di Ipoh ditemui di Kuala Kangsar selepas enam jam - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 10 tahun hilang di Ipoh ditemui di Kuala Kangsar selepas enam jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang hilang di Bandar Baru Putra di sini sejak pukul 8 pagi tadi akhirnya dijumpai orang awam di Kuala Kangsar dekat sini selepas enam jam hilang dipercayai diculik.

Bapa kanak-kanak tersebut, Zaid Mohamed Hashim, 38, ketika dihubungi Kosmo! Online mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan anaknya itu dijumpai seorang wanita kira-kira pukul 2 petang. 

“Saya menangis apabila dihubungi wanita tersebut menyatakan anak saya ditemui di tepi jalan dan dia turut menghantar gambar anak saya melalui aplikasi WhatsApp. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat berterima kasih kepada orang ramai yang menularkan kehilangan anak saya sehingga dia ditemui,” katanya. 

Ahmad Aqil Akbar Zaid, 10, disedari hilang apabila basikalnya ditemui kira-kira 300 meter dari rumah mereka ketika ibunya, Ainun Zaharah Ismail, 36, pulang ke rumah selepas keluar ke sebuah bengkel berhampiran.  

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut.

“Polis sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan kanak-kanak dari penjaga yang sah.

“Kita juga akan menyiasat jika ada isu keluarga dan semua kemungkinan yang lain,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini