SEREMBAN 22 Sept. – Seorang kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia meninggal dunia semasa menyertai aktiviti mendaki Gunung Berembun, dekat sini hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, mangsa, Hazrul Nizam Mohd. Haranlani, 41, dipercayai dari Putrajaya menyertai aktiviti itu bersama 26 individu lain. “Mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 7 pagi dan mangsa tiba-tiba pengsan sewaktu berada di ketinggian kira-kira 1,219 meter. “Pihak bomba menerima maklumat…










