KUCHING – Kabinet sudah meluluskan cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berhubung inisiatif “industri 4ward” yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Menterinya, Darell Leiking berkata, bagaimanapun ia akan memberi fokus kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan. Menurutnya, inisiatif itu dijangka dapat diperkenalkan dalam tempoh masa sebulan lagi. “Ia tidak akan menyentuh keseluruhan revolusi industri 4.0 sebaliknya memfokuskan untuk meningkatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan. “Pada masa sama, MITI juga…










