NAM RON berusia 49 tahun, berbaki setahun lagi sebelum menjengah ke angka 50. Ironi, untuk lelaki dengan sungai kesenimanan yang mengalir panas pada urat darahnya itu, angka tersebut hanyalah suatu indikator terhadap keghairahan cintanya selama ini. Barangkali juga zaman emas atau pepatah Inggeris menyebutnya sebagai ‘the golden age’ sedang terbentang buat Nam Ron, sesudah jenuh beliau menuruni kerikil-kerikil tajam di belantara kerja lakon dan pengarahan selama ini. Bapa kepada tiga…