JKM Melaka tidak terlibat - Utusan Malaysia

JKM Melaka tidak terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SUSULAN aduan pembaca ruangan Forum Utusan Malaysia pada 15 September lalu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka ingin memaklumkan kami tidak pernah menyediakan bantuan barang-barang keperluan dengan menggunakan kedai runcit atau koperasi seperti disebut pengadu.

JKM Melaka hanya memberikan bantuan tunai kepada mereka yang layak berdasarkan syarat-syarat seperti ditetapkan oleh pihak jabatan dan menyalurkan terus wang bantuan tersebut melalui akaun bank penerima.

Aduan yang diberikan adalah tidak tepat dan mungkin melibatkan agensi bantuan lain selain JKM kerana terdapat agensi lain seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang memang menyalurkan bantuan makanan yang disalurkan kepada penerima terbabit di kedai-kedai yang telah ditetapkan.

JKM Melaka akan menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengikut aduan pembaca tersebut. Sekian sebagai makluman awal.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN