Jin Wei bawa Jalur Gemilang dalam Olimpik Belia 2018 - Utusan Malaysia

Jin Wei bawa Jalur Gemilang dalam Olimpik Belia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Bekas juara remaja badminton dunia, Goh Jin Wei dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam Sukan Olimpik Belia berlangsung dari 6 hingga 18 Oktober ini di Buenos Aires, Argentina.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Eksekutif badan induk tersebut di sini hari ini.

“MOM terima tiga pencalonan untuk pembawa Jalur Gemilang dan kita telah bersetuju untuk memilih Goh Jin Wei.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk pengetahuan semua saya tidak mempengaruhi keputusan tersebut biarpun saya adalah Presiden BAM (Persatuan Badminton Malaysia),” katanya.

Jin Wei, 18, mencatat sejarah muncul perseorangan wanita pertama negara merangkul kejuaraan remaja dunia di Lima, Peru pada 2015.

Menurut Mohamad Norza lagi, Malaysia akan menghantar 20 atlet untuk mengambil bahagian pada edisi ketiga temasya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini