KINABATANGAN – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menangkap seekor beruang matahari jantan yang dipercayai sesat ke kawasan perkampungan Kampung Abai di sini semalam. Beruang seberat 40 kilogram (kg) itu ditemui di dalam perangkap yang dipasang JHL selepas menerima laporan mengenai kehadiran haiwan itu di kawasan perkampungan berkenaan pada 18 September lalu. Pegawai Perhubungan Awam JHL, Siti Nur’ain Ampuan Acheh berkata, beruang itu memasuki perangkap kira-kira tiga jam selepas perangkap berkenaan…










