KUALA LUMPUR – Suasana hiba dan hujan lebat mengiringi pengebumian komposer yang sinonim dalam penghasilan lagu Irama Malaysia, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini petang ini. Rata-rata ahli keluarga dan kenalan meratapi pemergian Allahyarham Pak Ngah yang sering mengangkat memartabatkan lagu Irama Malaysia di nusantara. Pernah menyanyikan lagu hasil ciptaan Allahyarham bertajuk Nazam Berkasih, Syura atau nama…










