KUALA TERENGGANU 26 Sept. – Mana-mana parti yang menguasai sesebuah kerajaan tidak harus sesekali angkuh dan sombong sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyalahguna kuasa sekali gus mengabaikan kepentingan rakyat. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, tindak-tanduk kerajaan terdahulu tidak harus diulangi kerana tidak akan membawa sebarang perbezaan yang diharapkan. “Apabila ada kuasa, janganlah perasan sangat. Jangan angkuh dan sombong. Jangan ugut atau beli orang menggunakan wang. “Saya dah bagi amaran dulu, jangan…










