Jangan lupa larangan vape - Utusan Malaysia

Jangan lupa larangan vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA menyokong penuh hasrat kerajaan menjadikan semua kawasan terbuka khususnya restoran sebagai tempat larangan merokok tetapi pada masa sama harap tidak dilupakan juga masalah asap vape (rokok elektronik).

Sekalipun isu mengenai asap vape masih dalam kajian dan hanya beberapa penemuaan awal menunjukkan bahaya asap vape kepada perokok, sekurang-kurangnya pihak berkuasa perlu mengiktiraf apa jua bentuk asap akan mengganggu orang awam.

Tidak kisah asap rokok, vape, lori, jentera berat mahupun pembakaran terbuka, semua jenis asap mengganggu pernafasan, khususnya terhadap kanak-kanak dan bayi.

Harap Kementerian Kesihatan meluaskan larangan merokok kepada vape di tempat terbuka atau pastikan hanya di sudut khas sahaja perokok vape boleh ‘melepaskan gian’.

NURUL HUSNA

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN