KUALA LUMPUR – Malaysia perlu menjalankan penyelidikan ke atas tanaman yang boleh dimajukan menjadi industri berjaya sama seperti sawit dan getah, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, pokok kelapa sawit dan getah datang dari negara asing tetapi dibangunkan di Malaysia untuk menjadi komoditi eksport utama negara. “Penyelidikan lebih banyak tanaman boleh menghasilkan malahan lebih banyak penggunaan bagi tanaman lain yang kita boleh tanam di negara ini,” katanya…










