Jalaluddin nafi keluar UMNO - Utusan Malaysia

Jalaluddin nafi keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias hari ini menafikan sekeras-kerasnya merancang mahu berhasrat untuk meninggal UMNO.

Datuk Jalaluddin Alias
Datuk Jalaluddin Alias 

Ketua UMNO Bahagian Jelebu dalam kenyataannya hari ini menyatakan akan tetap dengan pejuangan dan mandat UMNO/BN yang diberikan oleh para pengundi Parlimen Jelebu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 serta tidak akan menghampakan harapan dan mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh rakyat kepada UMNO/BN. 

“Saya tidak akan sama sekali menjadi seorang yang bacul atau dayus berpolitik dengan tindakan meninggalkan UMNO yang telah berjasa kepada rakyat sejak 72 tahun lalu hanya semata-mata BN tewas dalam PRU-14.

“Sebagai seorang pemimpin yang lahir dan melalui perjuangan dalam kilang UMNO serta memenangi kerusi Parlimen Jelebu dalam PRU-14 atas tiket BN, maka saya tidak akan sekali-kali meninggalkan parti keramat UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada senarai yang tular dalam media sosial hari ini mengenai 17 orang Ahli Parlimen UMNO termasuk namanya yang berpotensi keluar parti.

Jalaluddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberitahu, beliau optimis melihat UMNO mempunyai peluang cerah untuk kembali menawan hati rakyat terutamanya ketika kerajaan Pakatan Harapan dilihat gagal membela rakyat sepenuhnya.

“Saya berharap ahli-ahli UMNO di seluruh negara bertenang dan tidak terpengaruh dengan berita palsu yang tersebar dalam media sosial,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN