BEIJING 9 Sept. – Pengasas bersama dan Pengerusi Alibaba, Jack Ma akan mengumumkan pelan penggantian esok selain jurucakap syarikat itu menafikan laporan New York Times (NYT) bahawa beliau bakal bersara. Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), hartawan terkenal itu akan mendedahkan strategi penggantiannya esok tetapi kekal menjadi pengerusi syarikat berkenaan. NYT menerusi laporannya pada Jumaat lalu, berdasarkan wawancara bersama Ma, menyatakan hartawan tersebut bercadang mengumumkan persaraannya ketika sambutan hari…










