MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan kedudukan Lim Teong Kim selaku Pengarah Akademi Bola Sepak Negara di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) tidak akan terjejas. Syed Saddiq yang mengakui turut mengidam Malaysia layak beraksi dalam Piala Dunia berkata, beliau berasa turut bertanggungjawab ekoran kegagalan skuad bawah 16 tahun (B-16) negara melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja B-17 di Peru tahun depan. “Saya tidak memecat…










