PASIR PUTEH 13 Sept. – Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan akan menaik taraf kemudahan di 70 buah perpustakaan awam di negeri ini seiring dengan perkembangan digital dan pembangunan teknologi maklumat. Pengarahnya, Ruslan Ludin berkata, prasarana baharu itu melibatkan penyediaan kemudahan internet dan gajet yang diperlukan di setiap perpustakaan termasuk di kawasan desa secara berperingkat. Menurutnya, langkah tersebut bertujuan menyampaikan maklumat dan ilmu dengan kaedah moden selain menyediakan bahan bacaan berbentuk buku.…










