KUALA LUMPUR – Filem supernatural Interchange arahan Dain Said telah merangkul anugerah Kesan Khas Visual menerusi Festival Filem Asia Pasifik ke-58 (APFF58) yang berlangsung di Taipei, Taiwan pada Sabtu lalu. Kemenangan Interchange sekali gus menewaskan empat calon akhir iaitu Jungle (Australia), The Tag Along 2 (Taiwan), Villa Dwellers (Iran) dan The Soul of Himalaya (China). Anugerah itu diterima oleh Datuk Nancie Foo bagi mewakili pihak produksi. Selain Kesan Khas Visual,…

								








