KUALA LUMPUR 28 Sept. – Penyedia insurans digesa menjalin perkongsian sinergistik sesama mereka untuk mencapai skala dan daya saing bagi meningkatkan prestasi dan memasuki pasaran baharu memandangkan ekonomi tempatan kini memerlukan sektor terbabit melakukan transformasi. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Yunus berkata, industri itu memainkan peranan penting dalam membantu membendung kos dan menjajarkan pengguna serta industri perubatan ke arah langkah pencegahan yang akan mengurangkan beban ke…










