KUCHING 21 Sept. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mendapatkan kelulusan Kabinet bagi inisiatif ‘Industry 4ward’ yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Menterinya, Darell Leiking berkata, inisiatif tersebut menumpukan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan yang dijangka dilancarkan dalam tempoh sebulan. “Sehubungan itu, MITI mahu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersiap sedia dalam inisiatif ini. “Pihak Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) juga bersedia untuk membantu disamping kita…










