SEMEMANGNYA sejak dahulu, telah menjadi impian pelakon Hairul Azreen dan Ammar Alfian untuk terbabit dalam karya bersadur aksi. Satu faktor yang paling penting mempengaruhi impian itu adalah minat. Kini, ibarat bulan jatuh ke riba, mungkin perumpamaan itu sesuai buat kedua-dua pelakon itu apabila impian mereka telah menjadi nyata selepas membintangi filem aksi Paskal yang mula menerjah ke pawagam seluruh negara pada hari ini. Akui Hairul, 30, memegang watak sebagai anggota…










