Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran antarabangsa - Utusan Malaysia

Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Sept. –Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket pelacuran antarabangsa selepas tertangkapnya 18 wanita warga asing dalam operasi di tiga buah hotel di sekitar Puchong dan Sunway Mentari, semalam.

Mustafar Ali

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi tersebut dijalankan susulan tumpas satu sindiket pelacuran antarabangsa oleh Unit Operasi Khas (QRT) Jabatan Imigresen, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan di ke­semua hotel tersebut, kita berjaya menahan 18 wanita terdiri daripada 12 warga Thailand, empat warga Indonesia dan dua warga Laos yang dipercayai melakukan aktiviti pelacuran.

“Kegiatan pelacuran ini dijalankan di tingkat-tingkat berlainan di hotel-hotel tersebut bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mustafar, modus operandi yang digunakan oleh sindiket dan agen pelacur tersebut sama seperti kes tangkapan sebelum ini iaitu menggunakan aplikasi Wechat dan laman sesawang bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, katanya, hasil siasatan mendapati ke­semua yang ditahan memasuki Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial bagi tempoh 30 hari.

Katanya, setiap pelanggan dikenakan bayaran antara RM240 hingga RM640 untuk perkhidmatan seks yang diberikan.

“Kita turut menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan kerana disyaki menjadi tonto. Setelah diperiksa, mereka terlibat dalam memberi maklumat kepada ‘penjaga’ premis terlibat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini