“SEJAK tengah hari lagi saya berasakan sesuatu yang tidak kena bakal berlaku. “Tidak sangka naluri saya tepat kerana selepas itu bencana gempa bumi berlaku. Gegaran kuat dapat dirasakan secara tiba-tiba sebelum jeritan manusia membingitkan gegendang telinga saya,” jelas salah seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmani. Menurut lelaki itu yang kini berusia 75 tahun, kawasan kediaman yang pada awalnya dipenuhi dengan ratusan buah rumah lenyap dalam sekelip mata pada…











