SEJAK 2005 hingga kini, isu kenaikan kos sara hidup menjadi bualan harian, apatah lagi bagi masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Media mula menyiarkan keluhan orang ramai apabila berlaku kenaikan harga barang apatah lagi jika berlaku kenaikan melampau bagi sesetengah barang. Pada ketika itu, kita dapat melihat bahawa peningkatan harga barang dikaitkan dengan peningkatan permintaan terhadap kebanyakan barang keperluan. Pada ketika itu, berlaku kenaikan gaji kakitangan kerajaan yang menyaksikan ada…










