KANGAR 14 Sept. – MCA mengingatkan UMNO bahawa ikatan Barisan Nasional (BN) akan ‘terlerai’ sekiranya parti Melayu terbesar itu menjalin kerjasama dengan Pas dalam urusan agama dan bangsa yang ekstremis. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa BN dibentuk melalui gabungan parti yang mencerminkan kesederhanaan pelbagai kaum secara inklusif. Kata beliau, namun sekiranya konsep itu dikhianati UMNO, maka dengan sendirinya BN terbubar dan tidak akan wujud lagi. “Saya tidak…










