PADANG BESAR 18 Sept. – Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan terakhir sepasang suami isteri serta bayi mereka yang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kok Mak di sini, sebentar tadi. Jenazah tiga beranak tersebut yang terkorban dalam nahas di Jalan Bukit Chabang, Padang Besar, di sini malam tadi, dikebumikan kira-kira pukul 5.30 petang tadi yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan penduduk setempat. Bagaimanapun, anak pasangan mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, Alya Huwaynaa, 4, tidak dibawa ke tanah perkuburan berkenaan kerana masih mengalami kecederaan di bahagian kaki.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya