PULAU PINANG 5 Sept. – Pergerakan Wanita UMNO selari dengan pendirian para ulama dan barisan peguam syarie dalam mempertahankan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua wanita oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kelmarin. NORLIZA Naib Ketuanya, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, pendirian itu mengambil kira keperluan untuk pemerintah di negara ini mengamalkan peruntukan yang selari dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Lebih daripada itu, tambah beliau, hukuman sebat tersebut juga…










