Hukuman lebih berat di bawah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia - Gobind - Utusan Malaysia

Hukuman lebih berat di bawah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Cadangan pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) akan mengenakan penalti yang tinggi terhadap pemegang lesen tidak mematuhi arahan dikeluarkan  oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, cadangan pindaan kepada  Seksyen 53 CMA itu akan memberi isyarat kuat kepada semua pemegang lesen di bawah akta tersebut yang kerajaan serius dalam usahanya untuk menguatkuasakan peruntukan yang mengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.

“Ini termasuk usaha untuk meningkatkan kelajuan dan mengurangkan harga jalur lebar dan meningkatkan persaingan dalam industri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Seksyen 53, Gobind berkata, kementerian juga telah menyiapkan cadangan pindaan terhadap Seksyen 233 CMA.

Beliau berkata, pindaan yang dicadangkan kepada Seksyen 233 yang membabitkan kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang tidak wajar adalah untuk mengetatkan skop dan memperjelaskan jangkauannya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini