PUTRAJAYA – Cadangan pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) akan mengenakan penalti yang tinggi terhadap pemegang lesen tidak mematuhi arahan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, cadangan pindaan kepada Seksyen 53 CMA itu akan memberi isyarat kuat kepada semua pemegang lesen di bawah akta tersebut yang kerajaan serius dalam usahanya untuk menguatkuasakan peruntukan yang mengawal selia sektor komunikasi dan multimedia. “Ini termasuk usaha untuk…










