Hubungan Mourinho, Pogba makin tegang - Utusan Malaysia

Hubungan Mourinho, Pogba makin tegang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Sept. – Masa depan Paul Pogba di Manchester United semakin samar selepas bintang tengah Perancis itu dilucutkan sebagai naib ketua pasukan.

Pogba bertindak sebagai kap­ten Red Devils dalam tiga perlawanan Liga Perdana musim ini, selain aksi Liga Juara-Juara ekoran ketiadaan ketua pasukan, Antonio Valencia.

Bagaimanapun, pemenang Piala Dunia itu menimbulkan kemarahan Mourinho selepas lantang mengkritik taktik United ketika seri 1-1 dengan Wolverhampton, Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar Britain, Daily Mirror melaporkan, hubungan Pogba dan pasukan itu semakin di­ngin selepas dia memberitahu Naib Pengerusi Eksekutif Uni­ted, Ed Woodward tentang hasratnya menyertai Barcelona.

“Saya pengurus, jadi saya membuat keputusan, tiada perbalahan berlaku, tiada masalah sama sekali.

“Orang yang sama membuat keputusan melantiknya sebagai kapten kedua dan orang yang sama juga melucutkan jawatannya,” kata Mourinho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini