PUTRAJAYA 5 Sept. – Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani Surat Sampingan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) bagi persetujuan bersama menangguhkan projek berkenaan selama dua tahun sehingga Mei 2020. Surat Sampingan tersebut ditandatangani oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Menteri Penyelarasan Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Hadir menyaksikan majlis tersebut…










